TERMA DAN SYARAT AM
1) Bayaran komitmen 60% dari kos keseluruhan perlu dijelaskan ketika membuat pengesahan tempahan.
2) Baki 40% perlu dijelaskan sebaik sahaja laman web disiapkan seperti di dalam pakej.
3) Pemulangan wang pembayaran tidak akan dibuat sekiranya pelanggan membatalkan tempahan yang telah dibuat dan dipersetujui.
4) Semua urusan adalah secara atas talian, iaitu melalui Email, WhatsApp, Telegram, Telefon, Google Meet atau TeamViewer (Remote Support / Remote Access) samada melalui Teks, Voice atau Video
5) Caj tambahan akan dikenakan untuk perjumpaan / perbincangan / tutorial jika diperlukan.
6) Pihak kami berhak untuk menolak sebarang tempahan yang tidak bersesuaian dan dikategorikan sebagai melanggar sebarang undang-undang negara.
7) Pihak kami berhak meminda Terma & Syarat ini dari masa ke semasa tanpa sebarang notis awal supaya perkhidmatan kami menjadi lebih baik dan terjamin.
TERMA DAN SYARAT KHUSUS
Adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya Pihak Pelanggan untuk memahami dan mematuhi segala terma syarat dan penafian yang digariskan di bawah yakni ANTARA LamanWeb.Top sebagai penyedia perkhidmatan laman web DAN Pelanggan laman web (pelanggan sebagai pemilik & pentadbir mutlak laman web yang dibekalkan oleh LamanWeb.Top).
Pengakuan & Persetujuan ke atas Terma Syarat di bawah akan berlangsung dan terikat sebaik sahaja Pihak Pelanggan bersetuju menerima pihak LamanWeb.Top sebagai penyedia laman web mereka secara langsung atau tidak langsung.
1.Faham bahawa Kos Domain dan Hosting akan dicaj secara Tahunan.
2.Faham bahawa Kos Pakej Pembangunan Laman Web serta harga domain & Hostig telah dipakejkan.
3.Faham bahawa Server Hosting tidak ditadbir dan tidak dikawalselia oleh pihak LamanWeb.Top. Pihak Server Hosting merupakan pihak ketiga yang mengawal dan menguruskan perihal Domain dan Hosting Pelanggan web LamanWeb.Top.
4. Faham bahawa pihak LamanWeb.Top melanggan Server Hosting dan Domain bagi pihak pelanggan dan didaftarkan atas nama individu atau perniagaan pelanggan.
5. Faham bahawa pemilihan pihak Server Hosting dan Domain dibuat oleh pihak LamanWeb.Top adalah berdasarkan kreteria yang telah ditetapkan.
6.Faham bahawa sebarang Kos yang berlaku ANTARA Pihak Server Hosting DAN Pelanggan laman web adalah BUKAN berada dalam tanggungjawab Laman-Web.Top. Pihak Pelanggan laman web bertanggungjawab sepenuhnya jika ada sebarang Kos yang dikenakan oleh Pihak Server Hosting, contohnya atas sebab keperluan menaiktaraf kapasiti ruang hosting, cukai dan sebagainya.
7.Faham bahawa SEBARANG KOS yang berpunca daripada segala aktiviti, daripada segala pengurusan/pentadbiran dan sebagainya, adalah dibawah tanggungjawab sepenuhnya oleh Pelanggan (pemilik) laman web itu sendiri yang mana dianggap sebagai pentadbir laman web secara mutlak.
8.Faham bahawa Pelanggan laman web bertanggungjawab sepenuhnya atas segala info paparan kandungan web termasuk reka bentuk laman web, reka bentuk grafik, maklumat teks perkataan, maklumat gambar, maklumat animasi dan sebagainya di dalam laman web yang ditempah Pelanggan. Pelanggan juga bertanggungjawab sepenuhnya atas penggunaan server yang diambil oleh pihak LamanWeb.Top.
9.Faham bahawa Pelanggan laman web bertanggungjawab sepenuhnya atas segala susunan, aktiviti, proses, reka bentuk dan strategi pelan pemasaran, segala info produk dan pembelian secara online yang dibina dan disusun di dalam laman web dan perniagaan mereka.
10.Faham bahawa Pelanggan laman web bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku tindakan undang-undang berkaitan Agama, Bangsa dan Negara yang dikenakan ke atas laman web dan perniagaan mereka.
11.Faham bahawa Pelanggan laman web bertanggungjawab sepenuhnya atas segala persediaan laman web dan perniagaan yang dijalankan melalui laman web termasuk segala syarat dan lesen yang dikenakan atau diperlukan oleh pihak Kerajaan Tempatan, Negeri dan Persekutuan, segala persiapan bahan laman web termasuk reka bentuk, isi teks, kandungan laman web, proses strategi pelan pemasaran dan segala proses/ aktiviti yang perlu dijalankan atas penyediaan laman web.
12.Faham bahawa LamanWeb.Top tiada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana perniagaan yang dilakukan oleh pihak pelanggan dan pihak ketiga (pihak Server Hosting dan lain-lain). Pihak LamanWeb.Top tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku/kesan atas perniagaan yang dilakukan oleh Pelanggan laman web termasuk perniagaan yang dijalankan melalui laman web atau di luar laman web.
13.Pelanggan dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Pihak LamanWeb.Top tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau teledan, termasuk kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan laman web yang dibangunkan.
14.Faham bahawa LamanWeb.Top berhak meminda Terma & Syarat ini dari masa ke semasa tanpa sebarang notis awal supaya perkhidmatan LamanWeb.Top menjadi lebih baik dan terjamin.