• PAKEJ WEBSITE
    LANDING PAGE

Apa Itu Landing Page?

Landing Page ialah satu laman/satu muka web yang membolehkan anda “capture” informasi pelawat yang melawat page itu melalui sebuah borang, selain untuk menjual produk yang spesifik. Landing Page mempunyai target audience atau sasaran pelawat yang spesifik dan bukan dibuat untuk menjual banyak jenis produk. Selalunya Landing Page hanyalah satu muka laman sahaja kerana ia dicipta untuk targeted customers.

Apakah Kepentingan Landing Page?

Jika anda mempunyai perniagaan offline atau kedai tradisional, perniagaan yang dipasarkan melalui Aplikasi Mesej (WhatsApp, Telegram, FB Messenger dansebagainya), anda MESTI mempunyai sebuah landing page. Anda MESTI segera memiliki sebuah landing page untuk perniagaan anda, lebih khusus lagi untuk produk atau servis anda. Landing page yang pendek selalunya straight to the point dan bertujuan untuk mengutip leads/optin. Selalunya landing page begini menawarkan freebies seperti e-book atau video percuma. Landing page yang panjang pula akan mempunyai intro, pengenalan masalah, sebab terjadi masalah dan penyelesaian kepada masalah .

Landing page yang panjang juga boleh berbentuk sales page dan mempunyai penerangan mengenai produk yang ingin dijual. Ia juga boleh mempunyai lead capture/optin. Panjang atau pendek, salah satu faktor penting dalam Landing page ialah penggunaan grafik yang menarik dan juga copywriting. Ini kerana grafik dan copywriting yang menarik akan menarik emosi pembaca untuk membeli atau optin (apa sahaja yang ditawarkan di landing page berkenaan).

Peranan Landing Page

Landing Page mempamerkan produk dan servis anda secara spesifik
Apabila pelanggan ke laman web syarikat atau blog anda, mereka mungkin akan terperangkap di sana membaca entri blog anda, tetapi jika pelanggan ke landing page anda, mereka akan tertumpu dengan segala kandungan, ayat menggoda, ayat jualan, ayat yang mempengaruhi anda supaya membeli atau memberikan nama dan alamat email mereka kepada anda. Secara analogi, pelanggan ke kedai anda akan terbuka kepada berbagai pilihan dan mungkin tidak akan terpengaruh untuk membeli apa-apa, tetapi jika mereka diberikan brochure atau flyers produk anda, anda mungkin telah berjaya memujuk atau memberi mereka idea untuk membeli produk anda.

Landing Page mendapatkan pelanggan berpotensi (leads) untuk database pelanggan anda
Salah satu amalan terpenting di dalam email marketing malahan dalam perniagaan secara amnya ialah mengumpul database mereka yang berpotensi menjadi pelanggan kita. Database yang dikumpul pula haruslah mereka yang ada minat dengan servis atau produk kita. Bagaimana ini dilakukan? Dengan landing page. Seperti dikatakan awal tadi, landing page selalunya satu laman yang khusus atau spesifik kepada satu produk atau topik. Jika landing page anda mengenai produk kurus, orang yang akan memberikan nama dan alamat email (opt-in) tentulah mereka yang berminat tentang produk kurus. 

Landing Page memberi gambaran lebih jelas tentang demografik pelanggan anda
Dari data yang terkumpul dari landing page, anda boleh mengetahui gambaran lebih jelas tentang pelanggan atau mereka yang berminat dengan produk/servis anda. Anda boleh mengetahui lelaki atau perempuan yang lebih berminat, dari lokasi mana, waktu bila landing page anda dilawat ramai orang, dari mana mereka datang dan banyak lagi data demografik yang boleh membantu anda dalam strategi pemasaran anda yang berikutnya.

 

Call To Action (CTA)

Landing Page yang terbaik adalah Landing Page yang akan menampilkan tawaran dan CTA yang akan ‘memanggil’ atau memaksa pelanggan untuk menekan butang ‘Beli Sekarang’. Tetapi di dalam ruangn CTA ini ada 3 perkara besar yang anda kena faham iaitu:

  • Tawaran yang menarik dan dapat menyelesaikan masalah pelanggan anda.
  • Penggunaan headline yang tepat, ringkas dan mempunyai makna akan menarik pelanggan untuk melayari landing page anda sampai mereka menekan butang CTA.
  • Pemilihan susunan teks mestilah betul. Sebagai contoh, pembacaan akan berlaku bermula dari kiri ke kanan. Malah penggunaan design landing page perlu lebih rileks dan tidak terlalu over.

Jangan Buang Masa Anda

Jangan buang masa anda dengan untuk belajar atau menghadiri kelas untuk membina website. Ianya mengambil masa terlalu lama untuk anda memahami selok belok pembinaan sesebuah website. Ada banyak platform, coding yang perlu anda paham.

Ada banyak Mazhab sekiranya anda teliti pembinaan sesebuah website. Apakah anda perlu bazirkan tenaga dan masa hanya untuk menjimatkan kos membina website? Adakah ianya berbaloi? Akhirnya anda “give up” website tak siap atau separuh siap, masa dibazirkan dengan objektif yang tak tercapai.

Sebaiknya masa anda ditumpukan kepada pemasaran (marketing). Anda boleh gunakan pelbagai kaedah pemasaran samada secara manual atau pun secara automasi. Pemasaran adalah paling utama dalam memastikan bisnes anda terus kekal relevan.

Anda Bakal Hilang Prospek Pelanggan

Kaedah pemasaran berubah mengikut masa. Teknik “closing” juga berubah. Teknik “closing” menggunakan aplikasi Messaging (WhatsApp, Telegram, FB Messenger) dilihat sebagai menekan bakal pelanggan dan menimbulkan rasa kurang selesa kepada mereka.

Bayangkan anda ditempat mereka? 3 ke 5 minit sekali anda terima mesej yang menceritakan tentang sesuatu produk atau servis yang ditawarkan, mesej yang panjang berjela-jela, berkali-kali….selagi tak dapat “close” ….apa perasaan anda?

Lama kelamaan bakal pelanggan anda akan bosan dan anda kehilangan bakal pelanggan. Mereka pastinya akan mencari produk atau servis yang sama tetapi bukan dari anda mungkin dari pesaing anda yang menggunakan kaedah lebih santai dan mesra iaitu Landing Page dimana semua info dimuatkan di landing page tersebut.

Anda masih boleh menggunakan kaedah aplikasi Messaging tetapi hanya untuk “closing” akhir, setelah semua info tentang produk atau servis anda telah pun diketahui melalui Landing Page anda dimana landing page tersebut akan membawa bakal pelangan kepada aplikasi Messaging (WhatsApp, Telegram, FB Messenger).

Pakej Landing Page Pasca PKP

Rekabentuk Landing Page

  • Rekabentuk Responsive
  • Mesra Peranti Mudah Alih
  • Adaptasi tema terpilih
  • Gambar/Imej Tanpa Had

Domain & Hosting Sever

  • 1GB Ruang Storage
  • 20GB Monthly Bandwidth
  • Domain PERCUMA .com .net .biz (untuk tahun pertama)
  • Hosting Sever PERCUMA (untuk tahun pertama)

Kemudahan/Aplikasi

  • Borang Online (Pesanan/Order/Pendaftaran) – Dihubung terus ke Smartphone
  • Optimasi Enjin Carian (SEO) asas
  • Butang perkongsian sosial
  • Status jumlah Pelawat

Kemudahan/Servis Disediakan

  • Kemaskini PERCUMA untuk 10 hari pertama selepas landing page dilancarkan
  • Kemaskini platform landing page (selagi masih melanggan)
  • Kemaskini template landing page (selagi masih melanggan)
  • Backup landing page secara mingguan

Harga Biasa

RM1,350

Harga PKP

RM789.00

Bayaran

  • 60% (RM470.00) Deposit semasa tempahan dibuat
  • Baki 40% (RM319.00) Selepas Landing Page disiapkan

PERCUMA UNTUK ANDA

Aplikasi Android Blaster

Promote bisnes anda di Aplikasi Messenger – WhatsApp, Telegram, Instagram, FB Messenger, Line dan Google Hangouts secara Automasi.

Aplikasi ini hanya beroperasi dari handphone ANDROID anda sahaja. Tak perlu penat-penat nak Copy & Paste iklan dan hantar satu persatu ke Aplikasi Messenger setiap masa, anda hanya perlu set dan biarkan sistem ini berjalan secara automasi.

Anda juga akan diberikan;

  • 100,000 No.Handphone Prospek
  • Link Group WhatsApp Popular
  • Link Group Telegram Popular
  • Ebook Tutorial Teknik Copy Paste & Copy Writing Marketing di WhatsApp, Telegram, FaceBook dan Instagram

Bernilai RM430.00

WhatsApp Auto Reply

Sistem Automasi menjawab soalan pelanggan dan Closed Deal bagi pihak anda.

Anda cuma perlu set “Keyword” untuk soalan dari pelanggan dan sediakan jawapan dan sistem akan menjawab secara Auto seolah-olah anda yang menjawab, sedangkan mungkin anda sedang tidur, makan, solat atau sibuk dengan urusan lain.

Tiada lagi istilah terlepas pandang mesej WhatsApp yang masuk. Semuanya sistem Auto WhatsApp yang bekerja untuk anda.

Mudah dan jimat masa, tanpa perlu bersausah payah untuk menjawab soalan yang sama dari setiap pelanggan.

Panduan disediakan. Anda boleh cuba contoh Sistem Auto WhatsApp Reply di link ini :

https://GerbangDuniaNiaga.wasap.my

Bernilai RM170.00

Tawaran Harga Website Landing Page Serta Hadiah Percuma Akan Berakhir
0Days0Hours

Apa Yang Perlu Anda Sediakan?

Bagi menyediakan Landing Page yang kreatif dan menarik perhatian pelanggan, anda dan kami perlu bekerjasama bagi menghasilkan Landing Page yang berkesan dan mencapai objektif.

Apa yang kami perlukan dari anda?

  • Content – Isi kandungan
  • Ayat Jualan
  • Gambar-gambar produk atau servis anda

Apa Kata Pelanggan Kami?

Saya lebih suka beri kepercayaan pada bangsa sendiri. Ramai kawan saya ucap tahniah atas kemunculan web ni. Mereka cakap cantik dan kemas. Tahniah lamanweb.top

Anwar Razali (Editor Majalah Stailista)www.stailista-glamz.com.my

Terima kasih atas khidmat reka bentuk laman web Fiesya World dengan kemudahan Shopping Cart (kedai online). Kini urusan jual beli online lebih mudah

Nazrin M. Surajudinwww.fiesyaworld.com

Alhamdulillah, laman web ke 2 saya dibangunkan oleh lamanweb.top – khidmat profesional, sentiasa memberi pandangan dan idea untuk mencapai objektif laman web saya

Assoc. Prof. Dr Mohd Nor Jaafarwww.ijeisr.net

Saya telah diberikan banyak peluang kontrak samada agensi Kerajaan mahu pun swasta. Kredibiliti laman web saya sebagai jurujual yang terbaik banyak mambantu.

Ahmad Hassan - Usahawan Berjaya Bimbingan KEDAwww.cnl-mesra.com.my

Terima kasih lamanweb.top atas kerjasama yang baik bagi merealisasikan impian saya. Kini NGO AMRASS boleh menyampaikan info lebih mudah keseluruh dunia.

Assoc. Prof. Dr Mohd Nor Jaafarwww.amrass.org

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan sejak tahun 2008, bermula dengan www.ltc.com.my kini dengan laman web baru www.inskil.edu.my – khidmat sokongan terbaik

Dr. Haji Abdul Jalil Ahmad - Pengerusi & Ketua Eksekutif INSKILwww.inskil.edu.my